Rabu, 26 September 2012

ALLAH MAHA PEMURAH (^_^)

Assalamualaikum..
emmm borink plak hari ni..teda kelas petang..so dalam hostel jak lah diam sorang2..assignment pun blom siap lg..ehehehek..assignment blakang crita..siap jgk tue nti..ok lah..hari ni aku ada benda mau share sedikit  mengenai rezeki..kita selalu tidak sedar kan yang Allah turunkan rezeki kepada kita?tapi kita just ambik rezeki tu tanpa perlu berterima kasih..langsung tiada rasa bersyukur..tapi bila kita diturunkan musibah kita sering mengeluh..dan pada waktu tu jugak lah baru ingat Allah..bila kena musibah baru mau sujud dan mohon sesuatu dari Allah..ingat!Allah beri kita rezeki supaya kita selalu ingat padaNya..bukan time susah jak baru maw jumpa Allah..kena selalu ingat pada pencipta kita yang Maha Esa ok?

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelakiitu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita...
Wassalam...,

Ahad, 23 September 2012

PERASAAN YANG BERCELARU :'(

Assalamualaikum...

ermm.. apa yang mok diluah kan tadi haaa.... oohhh lupa plak nak bagi tahu dengan korang yang sebenarnya aku tiba2 rasa sunyi ermmm.....
sebenarnya aku rindu kat famly aku...
korang mesti kan rindu kan famly korang...ermm...

ok lar.. biar aku terus lar dengan apa yang perlu aku tulis kan ..
 hummmm...
 sebenanya kan.. entah larr apa yang aku rasakan sebenarnya saat ni...
knpa perlu hati ku tiba2 sedih....
aku sendiri pun tak faham...

aku macam maw menangis jak saat ni.. hummm tp apa kan daya aku hanya mampu menahan semuanya...

ya ALLAH bantu hamba mu ya ALLAH...
kenapa perassan ku merasakan kesedihan saat ini ya ALLAH....

wassalam....

HARI BAHAGIA WITH MY DEBAB BOOO~~~ (^__~)

Assalamualaikum...

hari ini hari bahagia bagi diriku...hehehehe... terima kasih untuk bakal imamku iaitu tunang ku..
Mr. M.S.D hehehe...

terima kasih sayang sebab pernah hadir dalam hidup ini..
bhagia betul sayang sentiasa disisi...

hari ini aku menyambut ulang tahun yang ke 5...
cincin saat pertunangan... miss saat nie malu ehh... <3
ehhh sebelum salah anggap.. 5 bulan pertunangan k..
hehehehehe... terima kasih k sayang...
hunniey happy hubbiey sentiasa ma hunniey dan support hunniey....
hunniey hargai kasih sayang hubbiey...

semalam hubbiey wat kejutan yang besar tuk hunniey ....
thanks alot sayang...
hunniey sayang hubbiey....

doakan kami sehingga ke akhir nya k.. love u Mr. M.S.D......

wassalam...



Rabu, 19 September 2012

RENUNGAN SEJENAK..

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmannirahim...

wahai hamba ALLAH yang dirahmati serta saudara saudari yang disayangi...
solat adalah tiang agama yang harus ada dan dipertahankan oleh setiap umat islam dimana saja mereka berada...
bak kata orang tua tanpa tiang bagaimana hendak membina rumah...
begitulah juga kita tanpa tiang agama bagaimana kita menjadi muslim yang sejati...
janganlah kita islam hanya pada kad pengenalan sahaja tapi pada batin dan zahirnya kita tiada punya pengetahuan tentang agama yang amat dihormati dan disanjungi...  
disini saya punya satu renungan untuk kita bersama...

Katalah umur kita sudah 20 tahun, dan kita mula solat semenjak umur kita 10 tahun, maka kita telah solat selama 10 tahun. Dalam 10 tahun ini, sedar tidak sedar, kita telah solat sekurang-kurangnya dengan formula 10x365x5. Sekurang-kurangnya, tak termasuk solat-solat sunat, tarawih dan sebagainya. Berapakah jumlahnya 10
tahun solat kita?

18,250 kali kita telah solat.

Satu soalan yang saya suka tanya adalah, di manakah 18,250 kali solat itu di dalam diri kita pada hari ini?

Ya. Sebab mengapa kita lemah adalah, apabila ibadah yang kita lakukan tidak mampu membuatkan kita menjadi Muslim Mukmin yang produktif. Kita Islam, tetapi kita sekadar hidup menanti mati, tanpa memberikan apa-apa sumbangan yang penting kepada perkembangan dan kekuatan Islam.

Ya. Kita patut tanya diri kita semula, di mana 18,250 kali solat kita itu dalam diri kita hari ini. Dan itu kalau 10 tahun. Bayangkan jika umur kita sekarang adalah 25, 30, 38, 45 dan lebih tua?

Di manakah solat-solat kita itu di dalam diri kita hari ini?
Atau sekadar amal yang dilaksanakan tetapi tidak membawa kesan kepada kehidupan?
Wallahualam..

Isnin, 17 September 2012

UKURLAH BAJU DIBADAN SENDIRI SEBELUM MENGUKUR DIBADAN ORANG LAIN

Assalamualaikum...
muslimin muslimah dan saudara serta saudari sekalian,
disini saya ingin menulis sebuah renungan untuk menjadi panduan, tatapan dan tauladan kepada kita semua sebagai seorang rakyat dimalaysia,sebagai seorang manusia dibumi,sebagai seorang umat dan hamba pada yang Maha Esa...

Inilah realiti kehidupan yang sebenarnya...
kita sebagai seorang manusia ini tergolong di dalam 3 peringkat hidup iaitu sebagai seorang yang kaya,sebagai seorang yang hidup dengan kesederhanaan dan yang terakhir adalah orang yang hidup sebagai seorang yang tiada harta dan dianggap hina kerana kemiskinan nya...
Tetapi ingatlah walaupun kita kaya dengan harta dunia, tidak semuanya kaya dengan harta akhirat dan keperibadian diri...

Janganlah kita sibuk mengira bintang yang bertabur dilangit,, lebih baik kita menyibukan diri dengan mengira amal yang telah kita lakukan untuk membina kekuatan iman di dalam diri untuk persiapan pada diri bila ada yang datang menjemput...

kadang2 kita sendiri tidak faham mengapa ada diantara kita suka untuk menilai dan membandingkan kemegahan diri sendiri dengan seseorang itu...
adakalanya kemiskinan dan kesempitan hidup ini menjadikan manusia seorang yang tahu menilai erti kehidupan dan tahu menjaga adab dan budi bahasa nya...
Tetapi ada juga masyarakat yang memandang hina pada mereka kerana mereka tiada harta jika hendak dibanding kan dengan mereka.. Dan mereka menganggap seorang yang miskin itu adalah hamba abdi kepada mereka...

Tetapi kebanyakan kita tidak menyedari tanpa mereka kita tidak akan mampu untuk berada diatas...
renung2kan lah wahai pembaca...

Sedarlah...
duit dan harta tidak akan terus dipandang mulia jika kita tiada kemuliaan dari tutur bahasa budi bicara dan nilai moral yang tinggi pada diri..

 Sampai disini sahaja wardah kali ini ingatlah...
JANGAN MEMANDANG RENDAH PADA SESIAPA SAJA KERANA PANDANGAN KITA PADA SESEORANG ITU MENCERMINKAN SIAPA DIRI KITA SEBENARNYA...
sebaik-baik manusia ialah manusia yang sentiasa bermuhasabah diri dan mengingatkan dirinya sendiri supaya sentiasa merendahkan diri...
bak kata pepatah melayu..
UKURLAH BAJU DIBADAN SENDIRI SEBELUM MENGUKUR DIBADAN ORANG LAIN...

wassalam... 

Khamis, 13 September 2012

SEORANG HAMBA ALLAH YANG SANGAT CEKAL *__*


Assalamualaikum...

apa khabar sahabatku...

hari ini telah ku lalui satu lagi hari yang bermakna seperti hari-hari sebelum ini...
aku melihat telatah makhluk ciptaan yang Esa...
aku melihat lakonan kehidupan mereka...
aku juga memerhatikan gelagat mereka melakonkan watak masing2 seperti diriku...

sehingga aku terlihat seorang pakcik yang sangat uzur...
dengan garisan halus di tangan dan jari jemarinya serta ada kedutan dimuka...
hati ku tiba tiba dipukul rasa pilu...
terbit rasa syahdu di dalam benak hati ku...
Ya ALLAH aku berasa ingin saja aku meyeka keringatnya yang jatuh bercucuran di dahinya...

aku nampak senyumannya yang membuktikan bahawa dia bahagia melaksanakan tugas nya walaupun ku tahu itu bukan kehendaknya...
tapi demi sesuap nasi untuk isteri, anak yang berada dirumah dan untuk diri nya jua dia tidak pernah memikirkan apa pun pandangan orang terhadap nya serta kerjanya...
malah dia lebih merasa sangat bersyukur di atas segalanya...

namun hati ku merasa amat bangga melihat dirinya berkerja tanpa mengenal erti penat lelah dan segalanya...

pandang dan renung lah bersama wahai saudara dan sudari sekalian...
ingat lah dan bersyukurlah kita kerana mempunyai sokongan usaha dan ada dikalangan kita yang msih punya ibu dan ayah yang membantu walaupun umur makin senja...

berusahalah selagi kita mampu.. jangan lah kita memperlekehkan diri kita ini kerana kita masih mampu untuk berjaya jika ada usaha..

HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH......

sampai disini dulu cerita hamba kali ini...
assalamualaikum ...
*___*

Rabu, 12 September 2012

RENUNGAN BERSAMA... (^_^)

salam wahai muslimin, muslimat.. saudara dan saudari...
 dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia... macam2 yang terjadi...
ermm... manusia pun da macam2... da manusia yang mencari kesilapan orang dengan menggunakan kesalahan masa lalu mereka... ada juga manusia yang berusaha mencari apa2 kesalahan dan kesilapan walaupun sekecil zarah hanya untuk menjatuh kan martabat, maruah, dan diri seseorang itu tanpa mempedulikan perasaan marah, malu dan cacian dari setiap orang yang memandang...
ingat lar..
setiap manusia tidak pernah terlepas dari apa2 dosa mahu pun dosa besar atau kecik hanya yang Maha Esa mengetahui semua nya.. sebab semua yang terjadi atas kehendak nya... tapi ingat tidak semua yang terjadi atas kehendak nya.. sebab ada kala kita yang mencari onar sendiri...
sebab jika kita mahu kan sesuatu kita kan berusaha untuk mendapatkan nya.. tetapi jika kita tidak mahu membuat sesuatau kita akan mencari walau beribu alasan..
oleh itu nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia iaitu nilai lah kehidupan diri sebelum mencuba tuk menilai kehidupan seseorang..
ini kerana kita sebagai manusia biasa tiada selayak nya untuk menghakimi seseorang tanpa mengenali apa sebab dan siapa diri nya..
sedangkan orang yang diperintah kan oleh yang Esa tidak sewenang2 nya mengadili dan menghakimi seseorang itu dengan hanya pandangan luaran...
oleh itu cuba lah untuk menjaga adab diri dan kemulian diri kita sebaik mungkin sebelum menjaga adab seseorang kerana engkau dipandang manusia kerana adab dan kesempurnaan budi dan bukan kerana rupa...
ingat lar jua..
dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu..
dan bagi manusia yang sentiasa menyalah kan orang ingat lar wahai saudara atau saudari...
kekuatan tidak hanya datang daripada kekuatan fizikal tetapi ianya juga datang dari kekuatan kebenaran dan perasaan yang tidak pernah menyerah kalah diatas sesuatu yang baik..
sesungguh nya hati manusia yang bongkak dan sombong ada pada mulut dan kebodohan nya, tetapi hati manusia yang adil dan bermurah dengan apa yang ada ada pada kebijaksanaan nya dan hati nya...
akhir kata ...
lihat lah di sekeliling kamu, teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usia mu jangan mudah berputus harapan, senyuman yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan simpan jadi tauladan dan segala yang kau pandang dan kau lihat dengan matamu simpan buat pedoman...