Assalamualaikum...
muslimin muslimah dan saudara serta saudari sekalian,
disini saya ingin menulis sebuah renungan untuk menjadi panduan, tatapan dan tauladan kepada kita semua sebagai seorang rakyat dimalaysia,sebagai seorang manusia dibumi,sebagai seorang umat dan hamba pada yang Maha Esa...
Inilah realiti kehidupan yang sebenarnya...
kita sebagai seorang manusia ini tergolong di dalam 3 peringkat hidup iaitu sebagai seorang yang kaya,sebagai seorang yang hidup dengan kesederhanaan dan yang terakhir adalah orang yang hidup sebagai seorang yang tiada harta dan dianggap hina kerana kemiskinan nya...
Tetapi ingatlah walaupun kita kaya dengan harta dunia, tidak semuanya kaya dengan harta akhirat dan keperibadian diri...
Janganlah kita sibuk mengira bintang yang bertabur dilangit,, lebih baik kita menyibukan diri dengan mengira amal yang telah kita lakukan untuk membina kekuatan iman di dalam diri untuk persiapan pada diri bila ada yang datang menjemput...
kadang2 kita sendiri tidak faham mengapa ada diantara kita suka untuk menilai dan membandingkan kemegahan diri sendiri dengan seseorang itu...
adakalanya kemiskinan dan kesempitan hidup ini menjadikan manusia seorang yang tahu menilai erti kehidupan dan tahu menjaga adab dan budi bahasa nya...
Tetapi ada juga masyarakat yang memandang hina pada mereka kerana mereka tiada harta jika hendak dibanding kan dengan mereka.. Dan mereka menganggap seorang yang miskin itu adalah hamba abdi kepada mereka...
Tetapi kebanyakan kita tidak menyedari tanpa mereka kita tidak akan mampu untuk berada diatas...
renung2kan lah wahai pembaca...
Sedarlah...
duit dan harta tidak akan terus dipandang mulia jika kita tiada kemuliaan dari tutur bahasa budi bicara dan nilai moral yang tinggi pada diri..
Sampai disini sahaja wardah kali ini ingatlah...
JANGAN MEMANDANG RENDAH PADA SESIAPA SAJA KERANA PANDANGAN KITA PADA SESEORANG ITU MENCERMINKAN SIAPA DIRI KITA SEBENARNYA...
sebaik-baik manusia ialah manusia yang sentiasa bermuhasabah diri dan mengingatkan dirinya sendiri supaya sentiasa merendahkan diri...
bak kata pepatah melayu..
UKURLAH BAJU DIBADAN SENDIRI SEBELUM MENGUKUR DIBADAN ORANG LAIN...
wassalam...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan